Tuesday, 15 November 2011

Akan Kau Kumiliki Selamanya

  1. kemana kan ku langkahkan kaki
    saat rindu menjamu hati
    kau ada saat ku memerlukan cinta
    dan kau mampu beri sayang lebih dari dia

    kadang otak harapanku berfikir dan berkata
    akankah kau ku miliki selamanya
    telah ku buka hatiku untuk menyayangimu
    telah kau ketuk hatiku untuk mencintaimu

    hingga cinta pun tumbuh
    lepaskan gelisah yang mengikat selama ini,
    telah ku tutup pintu hatiku dari orang lain
    hanya engkau yg mampu menawan hatiku

    ingin rasanya ku sandarkan hariku
    lalui waktu bersamamu dalam nyanyian rindu
    wahai kekasih pemilik cintaku
    sadarkah engkau telah renggut semua tentang dia

    meski kau datang dalam gelap
    antara hidupku dan hidupnya
    jua telah ku rasakan hangatnya cintamu
    yang mengalir bersama harapanmu untuk bersamaku

    pergilah engkau jauh jika tak mampu bertahan
    dan bawa hatiku pergi bersamamu dan jagalah ia,
    jua kan ku jaga hatimu
    kan juga cintamu

    dan kan ku satukan dalam kasih sayang yang tersimpan,
    kau selalu tawarkan senyuman
    kau selalu ungkapkan perasaan dalam senyuman dan air mata
    kau pun singgah dalam resah

    ingin miliki aku yg telah dimiliki dia
    hasrat hati hina pun berkata
    'aku ingin memilikimu setelah aku dimiliki dia'
    sejenak ku tundukan harap
    lepaskan ikatan yg mengikat
    antara cintamu dan cintaku

    kau datang dengan kejujuranmu
    tundukan hati yg bergelimang sendu
    sedang dia tak pernah tahu kau rebut hatiku darinya,

      aku jua tak mampu jauh darimu dalam cinta
    wahai tuhan, jalan takdirmu tak mampu ku fahami
    akalku tak mampu merangkul semua cinta ini
    dua cinta telah bersarang dalam ikatan yg terlarang
    aku miliki dia dengan izinmu
    dan aku tak ingin jauhi dia kerana nafsuku

    wahai kekasih, hilangkan resah dan takutmu jauh dariku
    kerana cintaku kan selalu ada untukmu
    namun biarkan saat bersamamu goreskan mimpi indah.
    khas untukmu

    terima kasih kerana cinta
    dan 
    sayangmu indah selalu untukku.

1 comment: