Monday, 30 July 2012

Mawarku

Kau tabur benih mawar diantara tandus tanah bertuan
Dengan setes air sucimu kau hidupkan dia di lembah rindu

Aku kan tumbuh dengan akar dalam jiwamu
bergantung pasrah pada tangan-tangan lembutmu

Mewangi dalam sepi
hanya dengan hati kau saja rasakan jantung ini

Semailah aku
Jagalah hidupku
dan jika ku tak mampu bertahan
Kuburlah aku bersama ketulusan kasihmu...

Wednesday, 4 April 2012

Separuh Jiwa Ikut Bersamamu ...



Siang hampir berujung.
Senjapun akan menghantar kepangkuanku.
Aku masih setia duduk menanti dikaki langit.
Tak terhitung berapa lama kutermenung.

Ingatanku terusik hadir bayanganmu.

Jiwa meronta menahan ego.
Ingin kupertahankan sukma ini.
Mengenang saat bahagia menyentuhku.

Separuh jiwaku ikut bersamamu.

Tinggalkan aku dalam duka bukan hendakmu.
Kini aku hanya bisa menghitung hari.
Mengenangmu dengan setia tak berubah.

Entah mengapa jiwa ini bimbang.

Ada hambar mengusikku.
Cemburu pun kian memburu.
Apakah cintamu masih merinduku..?

Hanya satu inginku sebelum kau pergi.

Beri aku kebenaran yang nyata.
Apa benar dihatimu sudah tak ada namaku.
Apa benar cintaku tak mampu membuatmu bahagia.

Sunday, 26 February 2012

buatmu yang membisu

Malam masih muda,
Namun kedinginan suda terasa,
Ku cuba mengapai secebis selimut kasih darimu,
Namun aku sering gagal dalam usahaku...


Kudengar deruan pantai,
Jauh di sudut hati ini ku mengintai,
Namun segalanya kosong,
Ku cuba membina ruang dihatimu,
Untuk kita bersama lagi,
Namun yang ada hanyalah titisan air mata...


Jauh disudut sanubariku,
Ku melihat pohon pohon yang gondol berdiri kaku,
Jelaga cinta kita tidak besinar,
Irama, cengkerik, rerumputan...pun diam,
Semuanya bisu....tersentak akan apa yang berlaku.


Perjalanan cinta kita semakin sunyi,
Tiupan angin semakin kencang,
Merapuhkan ranting ranting yang tidak bermaya,
Meluruhkan dedaunan yang kering,
Ahh..betapa kejamnya.


Kucuba menahan......
Namun hanya sembilu menusuk hati ini,
Merobek setiap pembulu darahku,
Hingga aku terdampar didunia yang lain,
Kau sungguh kejam.


Mengapa tidak saja kau katakan,
Mengapa tidak saja kau ungkapkan,
Mengapa kau biarkan ku menunggu mu,
Mengapa kau biarkan ku mengharap,
Kau biarkan aku di alam permainanmu,
Yang penuh dengan dengan ranjau kepedihan.....


Sayang....
Ketika kau bangun dari sandiwaramu,
Ketika itu kau akan sadar ketulusan cintaku,
Ketika itu juga kau akan tahu arti cinta sebenar,
Cinta agung yang kau hiris dengan belati tajam mu,
Cinta suci yang kau takkan temui lagi,
Cinta yang telah pergi buat selamanya...
Kerana mulai saat ini aku akan pergi jauh darimu,
Selamat tinggal sayangku,
Ku relakan cinta kita berakhir sampai disini......

Wednesday, 22 February 2012

Bila hati dah benci..

Kadang-kadang sukar nak bicarakan bab hati dan perasaan. setengah bende mungkin kita boleh pengaruhi dan buat hati kita mengikuti apa yang kita fikirkan . Tetapi ada sesetengah perkara bila difikirkan pun hati kita still 'berpendirian' di situ. Macam bab benci. Memang tak elok simpan perasaan benci dalam hati takut terjadi dendam kesumat. Tapi kalau doklah tiap2 hari, tiap2 masa memendam perasaan lama2 jadi benci jugak. Walaupun cuba dielakkan seolah dah jadi lumut melekat kat hati jugak....
Lebih baik mendiamkan diri dari terus berkata-kata. Kadang2 orang tak boleh terima pendapat kita dan cara kita maka terkeluarlah ayat2 cinta yang kadang2 menyakitkan jiwa dan raga.... Takkan setiap masa nak jaga hati orang dan berkorban untuk orang? lama2 mau meletup jugak kesabaran di dada. Masalahnya kalau meletup pun tak guna orang tak ambik peduli penyudahnya dendam dalam hati....
Dan untuk pengorbanan, teman2 sekeliling selalu mengingatkan agar jangan terlalu menjadi lilin yang selalu menerangi kadang2 perlu juga menjadi orang yang 'selfish'.. takkan sampai duit dalam bank tinggal 0, harta bende habis berkecai tergadai baru nak sedar.... Ntahlahh....
Tetapi yang pasti hati mula membenci walaupun pun tidak kelihatan dari riak wajah semakin hari dah jadi semakin barah.. Rasa nak cepat admitted masuk ward buat kemoteraphy sebelum terlambat........

Monday, 20 February 2012

Buat Kaum Adam

Wahai adam, Hawa itu tercipta indah dari rusukmu Terlindung 1001 hikmah disebalik keindahan itu Janganlah engkau sengaja patah-patahkan ia Sebaliknya luruskannya dengan penuh hikmah & sayang.. Wanita akal senipis rambutnya Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah Masih mencari walau ada segalanya Apa yang tiada dalam syurga? Namun adam tetap rindukan hawa.. Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok Untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus, Mana mungkin kayu yang bengkok, menghasilkan bayang yang lurus .. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal Di situlah punca kekuatan dunia .. Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu Hati serapuh kaca Kuatkanlah ia dengan iman… Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak Ingatlah perananmu wahai lelaki bergelar pemimpin.. Suburkanlah dia kerana dari situlah nantinya Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rabbi Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan Ia bukan diskriminasi Allah… sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah kerana nantinya mereka akan semakin derita Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah Didiklah mereka dengan panduan darinya Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta kerana nantinya mereka semakin liar Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan Bila wanita menjadi derhaka pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara… Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata Tapi binalah kepimpinan Pastikan sebelum wanita menuju Ilahi, pimpinlah diri kepadanya Jinakkan diri kepada Allah Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra’, Seandainya dirimu tidak sehebat Saidina Ali karamallahuwajhah… Bukankah kamu lelaki punya peranan besar terhadap hawa? Lindungilah hawa itu. Jadilah pemimpin imamnya yang terbaik. Lindungilah hawa itu Lunakkan telingamu dan ajarinya dengan nafas alunan suci Quran… Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbinya Wanita yang lupa hakikat kejadiannya Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus Bahkan akan semakin membengkok Alangkah bertuahnya berada di bawah Nur Islam, di mana segala kesusahan, kesakitan, kesedihan, kerinduan, kegelisahan yang dihadapi dapat diharungi bersama dengan sabar dan redha mengkafarahkan dosa-dosa kecil.. Wahai lelaki…wahai adam, Lindungilah hawa selagi kamu mampu,bukan menyakitinya Bimbingilah hawa di jalan NurNya,bukan menyesatkannya Wangikanlah mulutmu dengan nasihat hikmah,bukan meracuninya Jadilah pemimpin imam yang terbaik buatnya,saling membantu Hilangkanlah egomu kerana itu api yang membenamkan nur kebahagiaan Ingatlah wahai lelaki..
Wahai lelaki yang punya peranan besar.. Jika benar kau mencintainya maka cintailah dia sepenuh hatimu.. jika benar kau kasih dan cintakan wanita itu, jagalah dia dgn baik, kasihanilah dia, lindungilah dia, berilah kasih sayang padanya, nasihatilah dia, bawalah dia ke jalan Allah, perbetulkan kesilapannya, bersabar dengannya, terimalah kekurangannya, jadi imamnya dan redhalah padanya.. Moga dia menunggumu di syurga sebagai bidadarimu….

KASIH IMPIAN

Kasih dengarlah hatiku berbicara Kasih izinkan diriku bertanya Bisakah cinta bersemi Mengundang restu Ilahi Adakah bahagia yang diimpi Menjadi satu realiti Kasih kusedari kekurangan ini Kasih kuinsafi kelemahan diri Kuingin sunting dirimu Menjadi permaisuri hatiku Sebagai isteri yang berbudi Kebanggaan para suami Wanita hiasan dunia Seindah hiasan adalah wanita solehah Yang akan membahagiakan Syurga di dalam rumah tangga Hanya itu yang kuinginkan Dari insan yang amat kusayang Damaikanlah resah hatiku Aku rindu kasih dan sayangmu Terimalah seadanya Akulah hiasan pelamin hidupmu Andainya tiada jodoh Untuk ke singgahsana Kupasrahkan segalanya Kerna takdir yang akan menentukan Impian kasih

Thursday, 16 February 2012

aKu TanpA Mu

seperti burung yg terbang dengan satu sayap ,,
mampu melintas awan ,, tapi dengan rasa sakit yg tak tertahan ..
seperti gelap malam yang hanya d temani bulan ,,
tanpa bintang .. yg membentuk gugusan-gugusan indah ..
dia mampu temani jiwa-jiwa sepi meski tanpa keindahan sempurna ..
seperti mentari yg kekurangan cahaya ,,
tak mampu menghangatkan meski mampu tuk sedikit menerangi ..
seperti aku yang kehilangan setengah nyawa ..
masih mampu berdiri meski raga terlalu rapuh
terselip segumpal luka dalam senyumku ,,
kehilangan yang teramat perih .. perih .. sangat perih ..
tersiksa batin ,, tersiksa hati,, tersiksa seluruh jiwa-jiwa ku....

AnDai

Andai saja kau tahu isi hatiku,
Hatiku yg berisi rasa cinta buatmu,
Hatiku yang setia menanti cintamu.
Andai saja kau buka matamu,
Jelas kelihatan sebesar mana rasaku ini terhadap dirimu,
Ruang dihatiku hanya terukir namamu.
Andai saja kau ketahui,
Tidak pernah sedetik pun hatiku berhenti mencintaimu,
Jujur ku akui,
Hatiku hanya buat dirimu,
Aku ingin memiliki cintamu.
Andai saja kau mengerti,
Bait-bait kataku bersulam namamu,
Setiap ucapanku buat dirimu,
Benar hatiku milikmu.